24 March 2015

SARINGAN PERTAMA PENCARIAN BAKAT MURID PINTAR

Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian
bakat murid pintar cerdas iaitu ujian saringan UKM1 telah
bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2015. Ujian tersebut
terbuka kepada semua murid berikut :
a) Program PERMATA Insan bagi murid berumur 8 tahun
dan boleh diakses secara atas talian di laman web
http://permatainsan.usim.edu.my
b) Program PERMATA Pintar bagi murid berumur 9 hingga
15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman
web http://ukm1.permatapintar.edu.my.
Maklumat lanjut tentang ujian tersebut boleh diperolehi melalui
laman web seperti yang tertera di atas.