26 February 2012

Kursus membina email peribadi di makmal komputer



Pada 17 Februari yang lalu satu kursus membina email peribadi telah diadakan di makmal komputer sekolah . Kursus ini melibatkan semua guru SKWB. Objektif diadakan kursus ini adalah bertujuan supaya semua guru mempunyai email yang selaras.

MAJLIS MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH





Majlis penyampaian hadiah kepada kelas yang memenangi perarakan terbaik pada tahun ini.

18 February 2012

sistem pengkalan data murid

Sila KLIK http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/index.php untuk mengisi maklumat pangkalan data murid. Tarikh akhir mengisi sistem pangkalan data murid ialah 24/Feb/2012. Harap maklum

02 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah

[Maulidur+rasul.jpg]
Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi, mengingati baginda dan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kita umat islam seorang nabi, pemimpin, tokoh dan segala-galanya kepada umat islam.

Tanpa Baginda S.A.W dan pengorbanannya sudah pasti hari ini kita tidak akan mampu mengenal erti Islam, iman dan ihsan. Justeru, sebagai umatnya adalah tidak adil jika kita melupakan insan pembawa dan pejuang Islam yang sejati, Nabi Muhammad S.A.W.
Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah melupakan umatnya hatta tatkala nyawa berada di hujung tanduk, mulut Baginda S.A.W tidak henti-henti menyebut kalimah ‘ummati, ummati, ummati’ yang menunjukkan cinta dan kasihnya Rasulullah S.A.W terhadap kita.

Namun, apakah yang mampu umatnya berikan bagi membalas dan menghargai segala pengorbanan manusia agung tersebut? Adakah kita pada hari ini lebih mengasihi Baginda S.A.W lebih daripada diri dan keluarga sendiri? Adakah kita dapat mengenali Nabi Muhammad S.A.W sedangkan kita langsung tidak mempunyai pengetahuan terhadapnya? Persoalan ini perlu kita renungi dan jawab dengan sejujurnya bagi mengetahui sejauh mana kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W.

Selamat Bersara Buat Cikgu Hj. Abdul Hamid (PK 1)