17 November 2011

UPSR 2011


Seramai 38 pelajar tahun enam telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2011.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

12 September 2011

Rehat minda calon UPSR 2011



Pelajar tahun
Semua pelajar tahun enam sesi 2011 telah berkesempatan mandi manda di Perdana Resort baru-baru ini. Setelah penat menelaah pelajaran, mereka semua diberi peluang untuk merehatkan minda barang seketika.

03 July 2011

Larian 1 Malaysia





Pada Sabtu,2 Julai 2011 Murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu telah mengadakan
larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia, serentak berlangsung di seluruh negara. Bertujuan untuk mencatat nama dalam 'guiness book of record'.

15 June 2011

BENGKEL PEMBINAAN BLOG 2011




Satu bengkel pembinaan laman blog peringkat zon PKG chabang Empat telah diadakan di PKG Chabang Empat Tumpat selama dua hari bermula 15 dan 16 Jun 2011. fasilitator terdiri daripada En. Ab.Hadi Sulaiman, En. Mohd Jafni Makhtar dan En. Khairul Khalaf Hamir Hamza

25 May 2011

RUNDING CARA AKADEMIK BERSAMA TIMBALAN PENGARAH JPN




Pada 6 Mei 2011 yang lalu, satu perjumpaan antara ibubapa murid tahun 6 telah diadakan bersama dengan Timbalan Pengarah Pelajaran , Tn.Hj. Zahari Daud.Objektif utama adalah untuk mencari satu kesepakatan tentang permasalahan akademik murid tahun 6.

14 April 2011

Pesta Buku Kelantan 2011




pelajar tahun 4 dan 5 telah mengadakan lawatan sambil belajar di tapak Pesta Buku yang bertempat di Dewan MPKB, Padang Perdana pada 7 April 2011.

Majlis Perpisahan PK Ko-Kurikulum





Pada 10 April 2011 telah diadakan majlis perpisahan buat Guru Penolong kanan ko-Kurikulum, Pn.Ramlah binti Ismail. Beliau telah bertukar ke SK Kubang Batang.Seluruh warga SKWB mengucapkan selamat berkhidmat ke tempat baru.

28 March 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32




Pada 26 Mac 2011, Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj.Noor Zahidi Hj. Omar, Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Merangkap ADN Pengkalan Kubor.

23 January 2011

KURSUS REMADE(REMAJA MASA DEPAN)BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI


Seramai 21 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki tahun dua daripada Universiti Malaya Nilam Puri telah berjaya menjayakan program remaja masa depan bersama dengan pelajar tahun enam.Banyak input yang berfaedah diperolehi daripada program ini.Semoga ilmu yang dicurahkan itu akan kekal menjadi amalan pelajar disini.