07 February 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2009





Pada 6.02.2010 jam 8.00 malam bertempat di Dewan MDT Seri Tujuh, Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 dengan kerjasama Majlis Guru Besar Tumpat bersama PPD Tumpat telah diadakan. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Ghazali Abdul Rahman, Pengarah Pelajaran Kelantan.Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu telah berjaya mendapat 4 anugerah daripada 9 kategori iaitu kategori % 5A melebihi 20%, Kategori Lompatan Saujana 5A, Anugerah pencapaian sekolah terbaik GPS UPSR 2009 dan anugerah khas sekolah terbaik akademik 2009 PPD Tumpat.
Untuk makluman semua pelajar tahun enam 2010, Pihak sekolah telah menyediakan ganjaran bagi ujian UBB 2010. Pelajar tahun 6 Alpha yang mendapat 5A akan menerima RM10.00, 4A 1B atau 4A 1C akan menerima RM5.00,Pelajar kelas 6B yang mendapat 3A 2B akan menerima RM5.00, 6 Gamma yang mendapat 5B akan menerima RM5.00 dan kelas 6 Delta yang mendapat 5C akan menerima RM5.00.

No comments:

Post a Comment