31 January 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2010










KURSUS PROFESIONALISME BAHASA MELAYU






Pada 30.01.2010, jam 9.00 pagi bertempat di makmal komputer SKWB telah diadakan kursus Profesionalisme , panduan pemeriksaan kertas UPSR Bahasa Melayu. Penceramah jemputan ialah Cikgu Mohd Najib bin Zakaria, guru cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas Kota Bharu.Wakil dari sekolah yang berdekatan juga turut hadir sama dalam kursus berkenaan.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SKWB 2010











Pada 24.01.2010 tepat jam 7.40 pagi bertempat di dataran Informasi SKWB, majlis pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah telah diadakan. Tn. Hj.Mohd Adnan bin Mohd Noor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan telah dijemput untuk merasmikan majlis pelantikan pengawas tersebut.

25 January 2010

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

Pn Wan Faidzah bt Wan Hamzah

Ustaz Mohd zala bin Mohamed

Ustaz Mohd Fadli bin Jusoh

Seluruh warga SKWB mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Pn Wan Faidzah Wan Hamzah, Ustaz Zala dan Ustaz Fadli bagi sesi 2010.Kenangan semasa berada di SKWB tetap diabadikan dalam lipatan hati. Ustaz Zala akan menyambung perkhidmatannya di SK Perasu , Pn Wan Faidzah di SK. Kutan manakala Ustaz Fadli pula di SK Bukit Panau.

MOTIVASI IBUBAPA DAN PELAJAR TAHUN ENAM 2010





Pada 23 Januari 2010 bertempat didewan SKWB telah diadakan majlis motivasi ibu bapa dan pelajar tahun enam.Penceramah jemputan ialah Puan Noor Azleen bt Che Muhammed,Pegawai Khas (kaunseling) PPD Tumpat.

14 January 2010

MESYUARAT PROFESIONALISME GURU SKWB 2010









Mesyuarat profesionalisme guru SKWB telah diadakan di hotel Renassaince pada 2 Januari 2010 yang lalu.Perasmian penutup telah dilakukan oleh Tn Hj. Zahari Daud, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Kelantan.

PENDAFTARAN DAN PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN SATU 2010



Pada 26 Disember 2009 (Sabtu) jam 9.00 pagi bertempat di dewan sekolah telah diadakan satu majlis pendaftaran dan perjumpaan ibu bapa bagi murid tahun satu sesi 2010.Di atas kerjasama dan prihatin ibu bapa, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.