15 November 2010

Tahniah kepada calon UPSR 2010

Seramai 45 orang pelajar telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010.
Tahniah kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu

02 September 2010

SELAMAT DATANG KE SK WAKAF BHARU


Pada 29 oGOS 2010 SKWB telah menerima seramai 7 orang guru pelatih dari kampus Sultan Abdul halim,kampus Pendidikan Islam Selangor, Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur, kampus Tg Ampuan Afzan,Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur dan kampus Tengku Bainun.
Mereka terdiri daripada Nur fatin Izzati Abd Razak, Nur Izzatie Seman, Anis Ayuni Mohamed Aluwi, Nurul Husna Mohd Fauzi, Nasihah Azemi , Hawa Jamilah Hasan dan Siti Noraisyah Zakaria

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA


Emmm,nak beli mercun cikgu tak bagi, baik aku simpan dalam tabung ayamlah untuk menjamin masa depan..Masa untuk bermaaf-maafan sesama kita pula








30 August 2010

SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR







Hari yang dinantikan selama ini telah termakbul jua. Rombongan daripada Sekolah Kebangsaan Tumpat telah tiba ke Sekolah ini tepat jam 10.00 pagi. Encik Jusoh bin Seman, mantan SK Tumpat telah diiringi bersama guru-guru daripada SK Tumpat sebagai tanda kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi melepaskan Tuan Guru besar mereka untuk berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu pula.Selamat datang diucapkan buat Tuan Guru Besar bagi seluruh warga SKWB.

29 August 2010

PERCUBAAN UPSR 2010















Seramai 19 orang pelajar telah mendapat 5A, 28 orang mendapat 4A dan 16 orang mendapat 3A dalam peperiksaan Percubaan UPSR. Ibu bapa dijemput hadir kesekolah untuk menyampaikan sijil dan bintang kepada anak masing-masing. Tahniah diucapkan.