30 September 2009

MAJLIS RESTU ILMU

Maafkan kami cikgu,minta halalkan segala apa yang cikgu ajarkan pada kami


Atherah sedang memberikan ucapan mewakili semua murid tahun enam

JALAN-JALAN CARI MAKAN


Emm sedapnya hingga menjilat jari...

"Terima kasih Tuan Guru Besar kerana sudi belanja kami makan di KFC", kata Syuhada dengan gembira sekali

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 2009

Tuan Guru Besar sedang menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku.


ketua murid, Syuhada sedang melafazkan ikrar dan rukun negara

29 September 2009

SEBELUM DAN SESUDAH JALAN DI TURAP

Setiap kali hujan, jalan didalam kawasan sekolah akan bertakung digenangi air hujan.

Beginilah keadaan terkini jalan yang telah selesai di turap. cantik dan bersih .

28 September 2009

BANGUNAN LAMA AKAN DIGANTI DENGAN BANGUNAN BARU MENJELANG 2010

Emm ,Kak Zie pun ada kenangan manis jugak ke dengan bangunan lama ni?? "Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mengajar," kata Kak Zie dengan sayu sekali.


Meeting PK Hem buat kali terakhir di bangunan bersejarah ini.

SELAMAT TINGGAL BANGUNAN LAMA, SELAMAT DATANG BANGUNAN BARU



Tuan Guru Besar sedang memantau proses merombak bangunan lama SKWB
Ustaz Zala terasa pilu mengenangkan banyak peristiwa manis yang telah dirasai sepanjang mengajar di bangunan lama ini. Bersabarlah patah tumbuh hilang berganti.

PENYAMPAIAN WANG ZAKAT OLEH BANK RAKYAT CAWANGAN KOTA BHARU



Pada 14 September 2009 satu majlis penyampaian wang zakat oleh pihak Bank Rakyat telah dilakukan . Pengurus Besar Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu , Encik Abd Malek bin Zainal Abidin
telah sudi menyampaikan wang zakat tersebut. Semoga penerima wang zakat ini dapatlah membuat persiapan hari raya yang akan disambut nanti.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!

Satu hari sebelum hari raya, menitis airmata mengenangkan wang kena pow ,
jangan sedih ok, nanti cikgu ganti lain
Amboi besarnya kotak Cikgu Mimi , takkan nak buat kutipan derma kilat kot,hehehe gurau jee
Horrey!!! Dapat duit raya!!!

PENYAMPAIAN DUIT RAYA KEPADA SEMUA MURID SKWB




Semua murid SKWB telah menerima duit Raya daripada kutipan sumbangan semua guru SKWB. Murid yang terdiri dari golongan anak yatim piatu juga mendapat sumbangan istimewa.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PERCUBAAN UPSR 2009




PERHIMPUNAN MINGGUAN DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2009 BERSAMA YAB TUAN PENGARAH PELAJARAN KELANTAN





Pada 30 ogos 2009 yang lalu satu majlis anugerah kecemerlangan percubaan UPSR 2009 telah diadakan di tapak perhimpunan . Tuan Haji Mohd Ghazali Ab.Rahman , Pengarah Pelajaran Kelantan sudi bersama para ibu dan bapa bagi menyampaikan ucapan dan turut mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR.
Dengan kehadiran Tuan pengarah Pelajaran ke sekolah ini amat bermakna sekali buat murid dan guru sebagai pendorong ke arah kecemerlangan akademik SKWB.

PENYAMPAIAN KWAMP 2009




Pada 7 Ogos 2009 , jam 8.30 pagi bertempat di Dewan SKWB satu Majlis penyampaian bantuan KWAMP 2009 telah disempurnakan oleh Cik Noriza binti Nik Salleh selaku Timbalan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tumpat. Kepada penerima wang KWAMP diharap dapat manfaatkan wang tersebut sebaik mungkin untuk pembelajaran anak-anak mereka